Pelajar UiTM ditemui lemas di Air Terjun Tasik Puteri Bukit Besi
Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
DUNGUN: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Bukit Besi ditemui lemas di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, di sini, hari ini.
Mayat mangsa, Amirul Danish Zamri, 19, yang merupakan pelajar tahun satu jurusan Kejuruteraan Mekanikal ditemui pasukan mencari dan penyelamat (SAR) pada pukul 12.45 tengah hari.
Beliau berkata, remaja berkenaan yang berasal dari Kampung seberang Pintasan, di sini, dikatakan tiba-tiba lemas sewaktu sedang asyik mandi bersama rakan-rakannya.
“Rakan-rakan mangsa panik sebelum menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan insiden lemas itu pada pukul 11.18 pagi.
“Sepasukan 10 anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat AMBS kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.
Mohd. Izzuddin berkata, mayat Amirul Danish ditemukan pasukan SAR di dasar air terjun berkenaan yang sedalam kira-kira tujuh meter. – Suara Timur


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.