MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, November 09, 2025

PKR Terengganu nafi kesal Rozi dilantik Pengerusi KETENGAH

 

PKR Terengganu nafi kesal Rozi dilantik Pengerusi KETENGAH

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KUALA TERENGGANU: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu menafikan kenyataan yang tular di media sosial kononnya PKR Terengganu  kesal dengan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Pengerusi MPN PKR Terengganu, Dr. Zainudin Awang @ Omar ketika dihubungi Suara Timur berkata, MPN PKR Terengganu menegaskan tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan negeri berhubung perkara tersebut.

“Sebaliknya, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Rozi atas pelantikan beliau dan berharap beliau dapat melaksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab demi kemajuan rakyat dan kawasan KETENGAH,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, MPN PKR Terengganu juga menolak sebarang usaha atau kenyataan berunsur provokasi yang cuba memecahbelahkan hubungan baik antara Pakatan Harapan dan UMNO di negeri Terengganu.

Tambahnya, kerjasama erat antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan adalah bukti bahawa politik baharu berasaskan perpaduan, kestabilan, dan fokus kepada rakyat mampu menjadi alternatif sebenar untuk rakyat Terengganu.

“MPN PKR Terengganu kekal komited memperkukuh semangat perpaduan ini serta menolak politik adu domba dan fitnah yang hanya menghalang pembangunan negeri,” ujarnya. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.