MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, November 11, 2025

 

Monsun Timur Laut diramal bermula Khamis ini hingga Mac tahun depan

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KUALA TERENGGANU: Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula pada 13 November ini dan berterusan sehingga Mac tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip, sebanyak lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku dalam tempoh MTL ini.

Menurutnya, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berhampiran sungai dan berkedudukan rendah.

“Pada masa sama, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Hisham berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.