MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Mei 24, 2013

Majlis angkat sumpah ADUN 16 Jun

AHMAD Said (kiri) mempengerusikan mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, 
Kuala Terengganu semalam. - BERNAMA


KUALA TERENGGANU 22 Mei — Majlis mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dan pelantikan Speaker DUN akan diadakan pada 16 Jun, di Wisma Darul Iman di sini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, perasmian penggal baharu sidang DUN ke-13 pula akan disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 17 Jun.
"Sesi perbahasan akan berlansung sehingga 19 Jun berserta sesi penggulungan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman hari ini.
Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Mizan di Istana Maziah, di sini pada 11 Mei lepas, enam hari selepas Barisan Nasional (BN) Terengganu mengekalkan penguasaan majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Selain Ahmad, turut mengangkat sumpah jawatan pada majlis itu ialah 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menerima watikah pelantikan.
Pada PRU-13, BN Terengganu memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN selain empat daripada lapan kerusi Parlimen. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.