MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Mei 23, 2013

NGO Kemaman bantah penganjuran Blackout 505

Rabu 22 Mei 2013
Pengerusi Belia Felda Negeri Terengganu Fauzi Adam
sedang di temubual olih RTM
KEMAMAN : Warga Kemaman menolak penganjuran “ Blackout 505 “ yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan pilihanraya umum ke 13 yang lalu.
Lebih 200 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa menghalang siri perhimpunan haram pembangkang bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu yang dirancang diadakan di negeri ini dan seluruh negara.
Sebanyak 15 NGO Daerah Kemaman hari ini tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Kemaman bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan yang dipilih rakyat dan menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi mengambil tindakan yang tegas termasuk menahan mana mana pemimpin yang menganjur rusuhan yang bolih mengancam dan menggangu gugat kestabilan politik dan keselamatan negara.
Kumpulan NGO itu terdiri daripada Persatuan Belia Felda Negeri Terengganu, Majlis Belia Daerah Kemaman, Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia Kawasan Kemaman ( MAYC ), Persatuan Belia 4B Daerah Kemaman, Persatuan Bolasepak Daerah Kemaman Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan Malaysia ( PERISI ) dan lain lain.
Laporan polis diketuai olih Saudara Fauzi Adam selaku Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kemaman yang juga Pengerusi Belia Felda Negeri Terengganu.
Tepat Jam 5.00 petang semua perserta berkumpul di hadapan Pejabat Ahli Parlimen Kemaman. Setelah mendengar serba sedikit taklimat, tepat jam 5.30 para perserta mula berarak ke Ibu Pejabat Daerah Polis Kemaman bagi membuat laporan polis.
Mereka mendesak Kementerian Dalam Negeri menyiasat kenyataan yang dibuat olih Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam akhbar Utusan Malaysia  bertarikh 18 Mei 2013 http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130518/po_01/Malaysia-Spring-dirancang-awal
Selain itu mereka juga mendesak siasatan harus dibuat terhadap Adam Adli berkenaan kenyataannya dalam Youtube seperti berikut. http://www.youtube.com/watch?v=z_nZDttvnNI
Siasatan juga harus dikenakan terhadap Hishamudin Rais yang telah mengajak rakyat membuat kenyataan menerusi Youtube mengajak rakyat ke jalanraya sebagai membantah keputusan pilihanraya umum ke 13 yang lalu. http://www.youtube.com/watch?v=uIAErK_sIwo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.