MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Mei 24, 2013

ISU-ISU AKHBAR CINA


APA TUJUAN PERHIMPUNAN HITAM ANWAR?
AKHBAR China Press bertarikh 21 Mei 2013 memaparkan tulisan penulis, Bi Feng melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai yang mempersoalkan tujuan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih terus mengadakan perhimpunan haram.
Hari ke-10 selepas pilihan raya umum (PRU), walaupun ramai orang terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk diadakan PRU berikutnya, tidak boleh dinafikan ramai lagi yang diganggu perhimpunan hitam Anwar yang seolah-olah masih mengharapkan keajaiban berlaku.
Memang benar, jika dapat melakukan keajaiban, penulis juga mengharapkan ia boleh berlaku tetapi melihat pihak yang datang itu dari jauh, ada yang datang dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perhimpunan itu, apa yang boleh penulis katakan, kami amat kecewa!
Walaupun tidak mendengar sendiri ucapan Anwar tetapi reaksi orang yang hadir berkata, ucapan itu lebih hebat daripada Datuk Seri Najib Tun Razak. Adakah kerana itu penulis rasa kesal dan kecewa?
Perhimpunan hitam tersebut disudahi dengan aman. Adakah ini menunjukkan rakyat tidak puas hati ataupun telah setuju dengan keputusan PRU itu? Mereka menghadiri perhimpunan, mengharapkan pemimpin mereka (Anwar) mengaturkan hala tuju dan memberi arahan seterusnya supaya dapat ke pejabat Perdana Menteri untuk memecat Najib ataupun ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengemukakan satu persatu bukti undi tidak adil dan menuntut diadakan PRU sekali lagi.
Apa yang menyedihkan, perkara itu langsung tidak berlaku. Di mana Anwar? Mungkin sedang menunggu supaya penyokong-penyokongnya hilang akal untuk menimbulkan bantahan di jalanan, mencetuskan huru-hara selepas mendengar ceramah hasutan beliau?
Namun, adakah semua rakyat mahu singkirkan kerajaan yang baharu ini? Dengan adanya bukti-bukti yang jelas, kami minta rakyat bertenang supaya pakatan pembangkang mudah melangkah masuk ke Putrajaya, bukannya untuk memimpin rakyat menyingkirkan kerajaan sedia ada kerana itu bermakna beliau (Anwar) seorang pemimpin pengkhianat negara. Dengan itu penulis hanya mahu berkata, itu (huru-hara) besar kemungkinan boleh berlaku.
Anwar mengadakan sidang akhbar memberitahu beliau ada bukti kukuh pelaksanaan PRU ke-13 tidak adil dan tidak sah tetapi beliau tidak menyerahkan bukti-bukti itu ke mahkamah, sebaliknya menjelajah ke seluruh negara adakan ceramah perhimpunan hitam.
Walaupun isi kandungan ceramah itu mempunyai ketaksuban yang kuat, jika kita fikirkan dan halusi, Anwar hanya menghentam kesilapan pihak lawan.
Walaupun ia seperti benar tetapi isinya tiada beza dengan pengkritik-pengkritik lain. Kelihatan Anwar akan boleh berkuasa tetapi jika diteliti ia tidak berbeza dengan seekor ‘belut’. Walaupun tidak dapat kedudukan itu, beliau hanya mahu lakukan sesuatu kerana disebabkan terdesak.
Penulis berharap kita dapat meredakan keadaan. Jika Anwar anggap rayuan ini masih belum matang untuk dikemukakan, penulis juga ternanti-nanti saat rayuan boleh dibuat dalam tempoh 21 hari, tidak sampai satu minggu sahaja lagi. Adakah di tangan Anwar benar ada bukti-bukti kukuh? Bila pula masanya beliau akan kemukakan bukti-bukti itu?
Jika hanya mahu menembak peluru merata-rata tempat untuk menghangatkan keadaan, penulis hanya mahu memberitahu semua bahawa perhimpunan yang dilakukan itu memang perhimpunan haram!
Tetapi, kepada begitu ramai pengikut-pengikutnya yang masih taksub dengan penyakit dakyahnya di musim PRU, adakah mereka berfikiran waras untuk menerimanya? Sepatutnya kita juga kena fikirkan, adakah beliau orang yang paling layak menjadi ketua di sesebuah negara?
KABINET TANPA KEPENTINGAN KAUM DAN AGAMA
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 16 Mei pula memaparkan tulisan Timbalan Pengarang akhbar tersebut, Tay Ting Yan melalui ruangan Sudut Pendapat berkenaan Kabinet baharu untuk pemulihan dan meneruskan agenda rakyat.
Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan melaksanakan pemulihan dalam kerajaan sudah dijangkakan termasuk apabila MCA dan Gerakan diketepikan. Kesinambungan itu boleh dilihat dari segi penyusunan Kabinet, mengurangkan kerusi MCA serta pengambilalihan oleh pemimpin generasi baharu.
Pelantikan Presiden Transparency International Malaysia, Paul Low Seng Kwan ke dalam Kabinet menunjukkan hasrat kerajaan membanteras gejala rasuah sementara bahagian perumahan dan kerajaan tempatan diperluaskan dengan kesinambungan ‘kesejahteraan di kawasan bandar’. Ini semata-mata mahu dapatkan kembali sokongan penduduk bandar.
Rakyat sedang melihat pasukan Kabinet pimpinan Najib ini serta mahu melihat bagaimana mereka menerajui pemerintahan negara.
Bersih, terbersih dan lagi bersih! Dalam musim PRU diadakan, hanya dengan mengkritik kerajaan BN rasuah sahaja boleh menyebabkan orang ramai terpekik berteriak. Ramai yang mengundi pakatan pembangkang dan ramai juga yang ‘bersimpati’ kepada pakatan.
Pada hakikatnya, rakyat memang bencikan dan menentang rasuah. Mereka berharap dengan ‘ubah’ kerajaan boleh putuskan hubungan antara yang ada kepentingan, bersihkan politik wang, hapus atau kurangkan penyelewengan.
Jika mahu tawan kembali jiwa rakyat, perkara paling penting BN perlu lakukan adalah meninggalkan gejala rasuah dan penyelewengan. Selain melantik Seng Kwan, Kabinet baharu ini juga perlu mengumumkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar dapat mengekalkan ketelusan dan integriti.
Pelaksanaan pecah dan tadbir kaum oleh BN selama ini berdasarkan menteri-menteri dari kaum berbeza ditugaskan menjaga kepentingan kaum masing-masing. Model seperti ini sudah pun tiba ke penghujungnya. Najib perlu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat dan Kabinet beliau sepatutnya Kabinet untuk semua rakyat.
Kekurangan kaum Cina dalam Kabinet, adakah akan lebih adil kerajaan menjaga semua rakyat, termasuk kepentingan ‘apa yang orang Cina mahukan’? Itu perlu lihat sama ada pelaksanaan pentadbiran itu sederhana, laksanakan polisi yang terbuka dan berdaya maju.
Konsep kerajaan yang baharu ini perlu meletakkan negara paling utama dan pentingkan perpaduan rakyat, tidak boleh seperti cara lama bahagikan kuasa, tawar menawar, diolah melalui bilangan kaum dan agama. Jika ada ahli Kabinet yang begitu menonjol untuk kepentingan kaum dan agama, putuskan segera supaya mereka tinggalkan pasukan untuk hindari berlakunya ‘pakej sama’ berulang.
Projek perubahan masih menjadi tanggungjawab dan tugas kerajaan baharu ini. Seterusnya adalah cabaran paling besar kerajaan hadapi pembangunan ekonomi, pendidikan dan keselamatan. Langkah-langkah yang dilaksanakan sering tidak berkesan dan tidak dapat membuat keputusan tepat kerana dari segi pokoknya, polisi yang digunakan terlalu konservatif dan suka mengikut keadaan, secara kurang bijak (bodoh) cuba selesaikan masalah yang semakin hari semakin kompleks melalui cara sedia ada.
Dari segi ekonomi, negara ini perlu atasi mulut botol kecil golongan berpendapatan pertengahan, perlu terokai ekonomi yang berpotensi, tingkatkan daya saing. Dalam tangani pendidikan, perlu bersikap terbuka dan berdaya maju, tingkatkan tahap ilmu keseluruhannya, hindarkan perbalahan bahasa antara kaum, bina generasi baharu yang mampu berfikir. Dari segi keselamatan sosial, tambahkan kekuatan serta tingkatkan kualiti pasukan polis, pada masa sama hapuskan punca jenayah. Ini termasuk tidak pinggirkan sesuatu kumpulan agar mereka tidak hadapi jalan buntu.
Isu-isu besar seperti ini, perlu difikirkan melalui strategi dan pemikiran ‘anjakan paradigma’ supaya dapat diteruskan kesinambungannya, capai keberkesanannya melalui indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan. Khairy Jamaluddin, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai generasi baharu yang mempunyai pemikiran baharu, umpama lampu penerang dalam Kabinet yang baharu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.