MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Mei 24, 2013

Pertukaran 10 pegawai tadbir


KUALA TERENGGANU 22 Mei - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pertukaran 10 orang pegawai tadbir negeri yang berkuat kuasa 1 Jun ini melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK), Datuk Mazlan Ngah di sini petang ini.
Rombakan kecil itu melibatkan Datuk Mohd. Yasim Awang yang kini sebagai Timbalan Pegawai Kewangan negeri ditukarkan ke jawatan baharu sebagai Timbalan SUK (Pengurusan).
Mohd. Yasim akan mengisi kekosongan jawatan setelah penyandangnya, Datuk Wan Ahamad Wan Mudag ditukarkan ke Terengganu Incorporated manakala Pengarah Bajet Perbendaharaan negeri, Mohd. Shukri Azam menggantikan tempat Mohd. Yasim.
Jawatan lama Mohd. Shukri pula bakal diisi Osman A. Bakar yang kini menjalankan tugas sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman.
Pengarah Unit Pengurusan Maklumat negeri, Shahidan Embok pula ditukarkan ke jawatan baharu sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman bagi menggantikan Osman.
Ahmad Azmi Md Salleh yang kini menyandang Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan negeri bakal menjadi Pengarah Unit Pengurusan Maklumat negeri menggantikan Shahidan.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Mohd. Razif Abdul Majid akan ditukarkan ke jawatan baharu sebagai Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Unit Perhubungan dan Komunikasi negeri.
Idham Mustafa yang kini Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan Harta) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan ke jawatan baharu sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan negeri.
Penyelaras Program Intan Wilayah Timur Kemaman, Nur Kamilah Hamzah ditukarkan ke jawatan baharu sebagai Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Dasar dan Pembangunan) Kerajaan Tempatan negeri.
Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pendaftaran) Kemaman, Nor Sophia Azura pula menggantikan Nur Kamilahakan ke jawatan Penyelaras Program Intan Wilayah Timur Kemaman.
Hilman Hajijan kini sebagai Penolong Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama (Pentadbiran dan Kewangan) negeri akan mengisi kekosongan jawatan Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Setiu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.